11 DISEMBER 2021 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (JHEPP) Politeknik Melaka telah menganjurkan program Bengkel MPP 2.0 di Dewan Kuliah 1 Politeknik Melaka.

Seramai 24 orang daripada Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka, 4 orang alumni Politeknik Melaka dan 3 orang pensyarah yang terlibat didalam menjayakan bengkel ini. Bengkel MPP 2.0 diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada barisan exco berkaitan kertas kerja, laporan program dan laporan kewangan. Bengkel tersebut dijalankan oleh alumni MPP PMK bersama Majlis Tertinggi MPP.

Selain itu,  terdapat beberapa slot seperti 'ice breaking' dan latihan dalam kumpulan turut diadakan bagi memeriahkan suasana dan merapatkan hubungan antara satu sama lain.  Turut diadakan juga slot bina keyakinan diri dimana barisan MPP perlu menyampaikan pengucapan awam berdasarkan topik yang telah diberikan. Bengkel MPP 2.0 juga dilengkapkan dengan perkongsian daripada alumni Politeknik Melaka yang merupakan mantan Majlis Tertinggi MPP PMK sesi Dis2018, Jun2019 dan Jun2020.

Diharapkan program Bengkel MPP 2.0 ini dapat memberi impak yang besar kepada barisan MPP PMK dalam menjalankan tugas demi pelajar Politeknik Melaka serta seluruh warga Politeknik dan Kolej Komuniti.