SUMBER : NORAZLINA BINTI DAUT

07 DISEMBER (SELASA) – Bengkel Teknikal Pengurusan & Pembangunan Akaun Syarikat anjuran Inkubator Bezzy Bizz, Jabatan Perdagangan telah berjaya dijalankan mengikut perancangan. Sejajar dengan perkembangan perniagaan Inkubator Bezzy Bizz, Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka, adalah satu keperluan bagi semua penyelia dan pelajar untuk mengetahui secara terperinci tentang kaedah perekodan sistem kewangan yang cekap dan betul. Bagi memastikan bengkel ini memberi manfaat yang maksimum kepada peserta, penceramah dari AccountingFirm@Polimelaka telah dijemput, iaitu Puan Farah Liyana selaku Akaun Eksekutif bersama empat orang fasilitator yang terdiri daripada En Fauzi, Puan Noor Azira, Puan Norizah dan Cik Nurul Safwanah. Bengkel perekodan kewangan ini dimulakan dengan teori perakaunan, diikuti dengan sesi simulasi dan perekodan menggunakan template yang direka khas untuk Inkubator Bezzy Bizz. Seterusnya, penyelia dan kumpulan pelajar diminta untuk merekod transaksi perbelanjaan dan jualan yang telah dijalankan oleh Inkubator Bezzy Bizz. Bengkel diakhiri dengan sesi soal jawab dan pelarasan daripada pihak AccountingFirm@Polimelaka. Diharapkan dengan terlaksananya bengkel perekodan kewangan ini, ianya dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada para penyelia dan pelajar, seterusnya dapat membantu memudahkan perancangan pengurusan sumber dan kewangan Inkubator Bezzy Bizz, Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka.

 

Teori Pengenalan Perakaunan oleh penceramah Puan Farah Liyana

 

Sesi simulasi rekod kewangan di makmal computer 2

 

Sesi perbincangan di antara penyelia kumpulan dan fasilitator