Editor : HISHAMUDDIN SHAH BIN IBRAHIM

7 Dis 2021, Pantai Puteri. Politeknik Melaka dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia telah menganjurkan Kursus Persediaan Mua’alim bertempat di Dewan Serbaguna , Politeknik Melaka. Kursus yang dijalankan selama seminggu inu dihadiri oleh 22 orang peserta yang majoritinya disekitar Melaka. Kursus ini dirancang khusus buat pengemudi bot bagi mendapatkan lesen  yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia. Sebelum sesiapa mendapat sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut, seseorang itu mesti menghadiri kursus dan mendapatkan sijil sebagai bukti kecekapan. Tanpa lesen tersebut, pemilik bot dikira telah melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh penguatkuasa.

 

Pada 6hb hingga 7hb Disember 2021 telah berlangsung Peperiksaan Secara Lisan yang mana panel terdiri dari pihak Jabatan Laut Malaysia itu sendiri. Peperiksaan berlangsung di Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah, Jalan Pantai Puteri. Semua peserta telah lulus dengan jayanya diakhir sesi tersebut. Ini merupakan kumpulan perintis bagi kursus seumpamanya yang diuruskan oleh Politeknik Melaka.