SUMBER: HAIRANI BINTI AHMAD ZAINUDDIN

 

 

25 November (Khamis) : Program Ujirasa Akhir Produk Sos Pencicah dan Perapan Beezzy di bawah Inkubator Beezzy Bizz,Jabatan Perdagangan, Politeknik Melaka telah berjalan dengan jayanya pada 25/11/2021. Juri jemputan dari Mardi Melaka, En. Hamdan dan Cik Anis serta En.Khairuman dari UiTM Lendu, Melaka telah dijemput untuk menguji rasa kesemua produk sos pencicah dan perapan yang telah ditambahbaik. Ucapan terima kasih juga kepada pihak UiTM Bandaraya Melaka, Kolej Komuniti Tangga Batu dan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka di atas kerjasama menerima kunjungan kami bagi ujirasa produk Beezzy kepada orang awam. Semoga produk sos di bawah jenama Beezzy ini akan mendapat tempat dihati pelanggan.