LAWATAN JPP KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2
18 November 2021,POLITEKNIK MELAKA - Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka dengan Kerjasama Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) Politeknik Melaka telah menerima KUNJUNG HORMAT DARIPADA KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 secara bersemuka di Politeknik Melaka. Seramai lebih kurang 15 orang Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bersama seorang pegawai pengiring telah hadir bagi program lawatan penandaaras MPP dan JPP ini.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan terhadap amalan baik yang dilaksanakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka (MPP PMK) di dalam tadbir urus hal berkaitan pelajar selain perkongsian idea dalam penambahbaikan pelaksanaan aktiviti membabitkan pelajar pasca COVID-19 ini. Di samping itu, pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 (JPP KKS2) dan MPP PMK juga dapat bertukar dan berkongsi pendapat serta idea dalam melaksanakan sesuatu program bagi meningkatkan kualiti sebagai pemimpin. Program kunjung hormat ini diakhiri dengan sesi soal jawab antara dua MPP PMK dan JJPP KKS2.
Dengan terlaksananya program ini, ianya dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada Majlis Perwakilan Pelajar malahan dapat juga merapatkan hubungan antara institusi itu sendiri.