WEBINAR FINANCIAL WELLBEING OLEH PU RIZ
10 November 2021,POLITEKNIK MELAKA - Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka dengan Kerjasama Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) Politeknik Melaka telah mengadakan WEBINAR FINANCIAL WELLBEING DESIRES VS NEEDS “REASONABLY MANAGED YOUR FINANCES” secara dalam talian di platform Webex dan secara langsung di Facebook dan Instagram MPP Politeknik Melaka serta youtube Politeknik Melaka.
Seramai lebih kurang 1000 orang peserta telah menyertai webinar tersebut yang terdiri daripada pengarah Politeknik Melaka iaitu SR. Haji Razali Bin Johari, pensyarah dan staf Politeknik Melaka, pelajar politeknik melaka, MPP Politeknik seluruh Malaysia, Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia, beberapa IPTA/IPTS serta orang awam.
Program Webinar ini di hos kan oleh Saudari Siti Norafiqah Binti Norulazmi (Ikon Siarawan Politeknik Melaka) dan telah menampilkan 2 orang panel jemputan iaitu PU RIZ (Pelakon Dan Pendakwah bebas) dan Pn Shuhailie (Pensyarah Jabatan Perdagangan).
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan kesedaran kepada semua agar lebih peka kepada pengurusan kewangan dalam kehidupan harian. Selain itu, memberikan kesedaran berkaitan penyimpanan asset pada masa muda. Di samping itu, dapat membezakan kehendak dan keperluan dalam kehidupan bagi menghindar sifat boros dalam diri. Program webinar ini diakhiri dengan sesi soal jawap yang mana moderator menanyakan beberapa soalan kepada panel jemputan.
Dengan terlaksananya program ini, adalah diharapkan semua yang menyertai khususnya warga Politeknik Melaka mendapat serba sedikit pengisian berkaitan kewangan daripada webinar tersebut.