SUMBER: NURENA BINTI ABDULLAH

10 NOVEMBER 2021 (RABU) - Pelaksanan Program pembangunan produk sos pencicah dan sos perapan dan validasi pasaran bersama industry ini telah berlangsung selama  2 minggu bermula 1 November 2021 sehingga hari kemuncaknya pada 10 November 2021.

Pada minggu pertama adalah fasa  pembangunan produk di mana pelbagai aspek penilaian industri dititikberatkan pada fasa ini.

Sebelum produk dibangunkan di Inkubator, satu penilaian berkaitan lokasi operasi penghasilan produk telah dibuat oleh Sekolah Pengendalian Makanan dengan objektif mengukur kemampuan bengkel operasi sesuai ataupun tidak bagi tujuan penghasilan produk makanan komersial. Ini kerana  tempat/lokasi adalah perkara pertama yg perlu dilihat terutama bagi produk makanan yang ingin dipasarkan secara komersial.

Pada fasa pertama, setiap mentor dan kumpulan diberikan 1 hari untuk beroperasi bagi menghasilkan 2 produk iaitu 1. Pes/rempah perapan, 2.Sos Pencicah.

Bagi memastikan operasi penghasilan produk berkualiti, Penasihat Industri telah di jemput iaitu En. Radin Hanafi bin Radin Shaari Pengusaha Kilang Sos Nurizat untuk membuat penilaian operasi sos Inkubator. Manakala untuk produk pes/rempah perapan saya menjemput pengusaha kilang Pn Norazean binti Azman dari Asas Matahari untuk melihat operasi perapan.

Pada minggu berikutnya adalah fasa ujirasa penghasilan ke semua 8 produk inovasi iaitu 4 produk perapan dan 4 produk sos pencicah . Bagi tujuan ujirasa dua kategori dilaksanakan iaitu pihak industri yang pakar iaitu Pihak MARDI yang diketuai oleh En Hamdan bin Misran, Pensyarah UiTM dalam bidang perhotelan, En Ahmad Khairuman Bin  Md Hasim  dan Head of Department (kitchen) dari Cafeology.,En Azri Hakimi bin Hamid.  Manakala pada sebelah petang adalah sesi ujirasa kepada orang awam yang  diketuai oleh Pn Zaihasra binti Rukiman.

Syukur, majlis berjalan dengan lancar pada sebelah pagi dan petang. Komitmen dari semua JPrian dan pelajar yang  “turun padang” menyediakan 200 pax keseluruhan bagi tujuan ujirasa untuk orang awam. ‘A big thanks’ pada semua yg terlibat bersatu menjayakannya.