SUMBER : ZAIHASRA BINTI RUKIMAN

 

10 NOVEMBER 2021 (RABU) - Sesi Ujirasa Produk dan Public Survey 50 orang ( kumpulan bersasar yang melibatkan beberapa agensi seperti Kolej Komuniti Kota Melaka, UiTM Bandaraya dan Institut Latihan Perindustrian, Bukit Katil) yang diketuai oleh Puan  Zaihasra Rukiman dan dibantu oleh kumpulan pensyarah dan pelajar yang hebat. Sebelum itu pada sebelah pagi telah dijalankan oleh pihak industri yang pakar iaitu Pihak MARDI yang diketuai oleh En Hamdan bin Misran, Pensyarah UiTM dalam bidang perhotelan, En Ahmad Khairuman Bin  Md Hasim  dan Head of Department (kitchen) dari Cafeology.,En Azri Hakimi bin Hamid. Sesi ujirasa bersama pihak industri ini telah diketuai Puan Nurena Binti Abdullah.

Sesi ujirasa ini melibatkan produk dari  4 kumpulan yang menghasilkan sos Perapan Korean Style, Perapan Royal Honey, Perapan Tandoori, dan Perapan Hot Blackpepper, serta Sos Pencicah Korean Style, Sos Pencicah Royal Thai, Sos Pencicah Svadisht Mint dan Sos Pencicah Hot Black. Program ini akan memberi pendedahan kepada pelajar dan penasihat untuk mendapatkan maklumbalas mengenai kualiti dan rasa produk dan menambahbaik kekurangan produk yang dihasilkan agar menepati citarasa dan menjadi pilihan kepada pelanggan kelak.  Di samping itu, adalah diharapkan agar program ini akan mendapat maklumbalas yang baik daripada prospek mengenai kualiti dan rasa produk dan menambahbaik kekurangan produk yang dihasilkan agar menepati citarasa dan menjadi pilihan kepada pelanggan kelak. 

Proses penyediaan sampel sebelum diserahkan kepada orang awam

Sesi ujirasa di Kolej Komuniti Kota Melaka

Sesi ujirasa Di UiTM Bandaraya

Sesi ujirasa Di ILP Bukit Katil