SUMBER: NOOR AZIRA BINTI SAWAL

10 NOVEMBER 2021 (RABU), Kuantan: ACCOUNTING FIRM@POLIMELAKA berjaya dinobatkan sebagai JUARA dalam  NATIONAL VIRTUAL PITCHING COMPETITION 2021 (NVPC 2021) dalam kategori perkhidmatan.Kemenangan berganda apabila video yang mempromosikan perkhidmatan ACCOUNTING FIRM, @POLIMELAKA berjaya menambat hati para juri seterusnya dianugerahkan Juara Anugerah Khas Juri. Video ini dihasilkan oleh pelajar Diploma Akauntansi, Rathi A/p Vengadesan bersama  mentor, Puan Noor Azira Sawal dari Jabatan Perdagangan.

Video tersebut mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Inkubator ACCOUNTING FIRM@POLIMELAKA di bawah Unit Keusahawanan, Politeknik Melaka yang merangkumi Khidmat Perakaunan,Khidmat Nasihat, Urusniaga dan Percukaian.

NVPC merupakan program anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), JPPKK dan dikelolakan sepenuhnya oleh Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Program NVPC 2021 telah bermula pada 18 Oktober 2021 - 29 Oktober 2021.

Sebanyak 395 penyertaan diterima dari Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia dan sesi penjurian telah berlangsung pada 1-3 November 2021 oleh 22 panel juri yang terdiri daripada para Pensyarah universiti-universiti tempatan dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang diketuai oleh Dr. Umar Hayat Abdul Kohar, Timbalan Pengarah Pusat Keusahawanan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

TAHNIAH kepada semua pemenang dan TERUS MAJU JAYA!