Sumber: Puan Nuraziyati Binti Sukardi, Penyelaras Akreditasi, Unit Jaminan Kualiti.

Politeknik Melaka, 22 Oktober 2021 (Jumaat)  – Lawatan Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh (MQA-04) kepada Program Diploma Akauntansi (DAT) Jabatan Perdagangan, Politeknik Melaka telah diadakan oleh pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA). Sesi lawatan penilaian pematuhan telah dilaksanakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Malaysian Qualifications Agency Virtual Audit (MQAVA) telah di host oleh Pegawai MQA (Pn. Noor Ashikin binti Selamat) dan dinilai oleh Panel yang dilantik oleh MQA iaitu Prof. Madya Kevin Low Lock Teng daripada Management and Science University (MSU).

 

Sesi penilaian dimulai dengan Mesyuarat Pembukaan MQAVA yang dihadiri oleh Pengarah (Sr. Hj. Razali bin Johari), Timbalan Pengarah I (Hjh. Normala binti Salimin), Timbalan Pengarah II (En. Abdul Halim bin Mahat), Ketua Jabatan Perdagangan (Pn. Rosmaria binti Ismail), Ketua Program DAT (En. Saifulnizam bin Zakariah), Ketua Unit Jaminan Kualiti (Pn. Sinatu Sadiah binti Shapie), Pegawai Kualiti (Pn. Nurul Ayunni binti Abdul Latif), Pegawai Akreditasi (Pn. Nuraziyati binti Sukardi) dan Penyelaras Akreditasi DAT (Pn. Norizah binti Mahasan). Selesai mesyuarat pembukaan, sesi diteruskan dengan pembentangan ringkas Ketua Jabatan Perdagangan diikuti pembentangan terperinci berkaitan Program DAT oleh Ketua Program.

 

Aturcara seterusnya adalah temubual bersama 8 staf akademik Program DAT (Pn. Norizah binti Mahasan, Pn. Noor Azira binti Sawal, Pn. Syareena binti Mohd Salleh, En. Mohd Fauzi bin Abu Bakar, En. Shahrulnizam bin Bakar, Pn. Farizoh binti Hamid, Pn. Noriah binti Moksin dan En. Norulhisyam bin Hassan). MQAVA diteruskan dengan temubual bersama 3 staf bukan akademik iaitu Pustakawan (Pn. Ifadah binti Sharif), Penolong Pegawai Tadbir Kewangan (Pn. Norlelah binti Mahat) dan Pegawai Latihan Industri (En. Sahzali bin Mohd Ramli). Sesi temubual bersama bebrapa wakil pelajar semester 1 sehingga semester 6 Program DAT diadakan secara tertutup bersama Panel Penilai.

 

Mesyuarat Penutupan MQAVA diadakan setelah perbincangan rumusan penilaian oleh Panel Penilai dan Pegawai MQA selesai. Mesyuarat penutupan dihadiri beberapa Pegawai Pengurusan PMK, staf akademik Program DAT dan beberapa staf bukan akademik. Secara keseluruhannya, Program DAT telah menunjukkan komitmen yang sangat baik dalam penyediaan bukti yang diperlukan, laporan yang lengkap dan sesi temubual yang dijalankan. Tiada dapatan major yang dilaporkan. Namun, laporan lengkap lawatan penilaian pematuhan akreditasi penuh ini akan diketahui setelah laporan keseluruhan selesai.

 

Tahniah diucapkan kepada Program DAT.