PROGRAM CODES @ DASS TEST – SEHARI BERSAMA KAUNSELOR
Sumber: Norazlina Binti Daut
22 OKTOBER 2021 (JUMAAT) – Satu program kaunseling dan penasihatan akademik iaitu Program Codes @ DASS Test – Sehari Bersama Kaunselor telah dijalankan untuk semua pelajar semester satu Jabatan Perdagangan. Program ini dianjurkan oleh Commerce Department Society (CODES) dengan kerjasama Unit Psikologi & Kerjaya dan Jawatankuasa SPAk Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka. Bagi memastikan Program Codes @ DASS Test – Sehari Bersama Kaunselor ini dapat diteruskan dalam normal kehidupan yang baharu, pelaksanan program ini telah dilaksanakan secara virtual dengan menggunakan aplikasi Zoom. Penceramah jemputan program ini adalah Dr. Noor Watee Binti Rahman, Ketua Unit Psikologi, Politeknik Melaka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengetahui tahap stress, depressi dan kemurungan dalam kalangan pelajar dan untuk mengenal pasti intervensi program kepada pelajar. Selain itu, melalui program ini juga dapat melihat hubungan inventori dengan prestasi pelajar dan untuk meneliti aspek psikologi pelajar menerusi sistem penasihatan akademik. DASS Test ialah singkatan dari Depression Anxiety Stress Scale. Ujian ini merupakan Ujian bagi menilai tahap depress, anxiety dan stress. Inventori DASS (Depression, Anxiety, Stress Scales) adalah inventori wajib yg perlu dijawab oleh pelajar- pelajar baharu Semester 1 2021/2022. Diharapkan dengan adanya Program Codes @ DASS Test – Sehari Bersama Kaunselor ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kesemua pelajar semester 1 Jabatan Perdagangan, Politeknik Melaka tentang promosi kesihatan mental. Selain itu ia dapat menggakkan saringan kesihatan mental bagi mengenal pasti tahap stress, keresahan dan kemurungan dalam kalangan pelajar Politeknik Melaka. Semoga program ini dapat mencapai objektifnya dalam memberi input yang bermanfaat kepada para pelajar dan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.