EDITOR: HISHAMUDDIN SHAH BIN IBRAHIM

27 Oktober 2021 , Politeknik Melaka

Politeknik Melaka hari ini menerima satu kunjungan hormat dari Jabatan Laut Malaysia yang diwakili oleh Puan Anis Waheeda Zulaikha bt Nasarudin dan En. Mohd Naqeeb Fahim bin Ramlan , Pegawai Laut, Bahagian Pembangunan Perkapalan dan Pelaut. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah 2 , En Abd.Halim bin Mahat bersama Jawatankuasa Kursus Mate Domestik PMK.

 

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik diantara dua agensi bagi pelaksanaan Kursus Mate Domestik yang dirancang sejak sekian lama. Kursus ini mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pemilik bot tempatan yang terdiri daripada nelayan dan persendirian.
Dalam perbincangan ini, Politeknik Melaka turut dicadangkan oleh pihak Jabatan Laut Malaysia untuk satu kursus sebagai nilai tambah buat para pelajar Politeknik Melaka.
Pertemuan ini juga menjadi platform PMK menjalinkan kerjasama strategik disamping menyebar luas serta berkongsi pendapat dalam isu-isu melibatkan kejuruteraan dan maritime di Malaysia.