Editor: Hishamuddin Shah Bin Ibrahim

24 Okt 2021 – Kg. Parit Melana, Melaka.
Hujan yang turun mulai tengahari hari Rabu 20 Oktober 2021 selama empat jam, telah mengakibatkan banjir kilat di kawasan rendah sekitar Melaka. Ini merupakan kejadian kedua tahun ini untuk kebanyakan tempat , malah kali ketiga bagi Kg. Tehel. Antara kawasan yang terjejas ialah di Kampung Sungai Putat, Bukit Beruang, Ayer Molek dan Durian Tunggal.
Mechanical Engineering Student’s Affair Club (MESAC) telah mengambil tindakan proaktif dan sentiasa bersedia bagi menghulurkan bantuan kepada yang amat memerlukan. MESAC turut bekerjasama dengan NGO Melaka iaitu Abu Hubayb Official dalam program khidmat masyarakat ini. Kumpulan kami telah dicadangkan oleh Pak Lang bagi membantu membersihkan sebuah Madrasah Al Muqsith di Kampung Parit Melana , Durian Tunggal.


Seramai lapan orang pelajar dan seorang pensyarah telah digerakkan ke sana bagi membantu membersihkan madrasah tersebut.Setibanya kami di sana , kami telah bertemu dengan pemilik madrasah tersebut Pakcik Abd Ghani bin Keling atau lebih mesra dipanggil Pak Uteh. Kerja-kerja kami meliputi membersihkan ruang yang penuhi lumpur , membersihkan gelanggang sepak takraw dan mencuci karpet yang kotor kerana lumpur banjir. Kami menggunakan 2 water jet tekanan tinggi sepanjang kerja pembersihan kami.

Cuaca yang baik pada hari ini memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan. Tugas kami telah berakhir pada jam 1.30pm. Sebelum pulang, kami dijamu makan tengahari oleh Mak Uteh, Puan Nafsiah dengan sajian masakan kampung yang menyelerakan. Usai solat zohor berjemaah di madrasah , kami pulang ke Politeknik Melaka dalam len