Pada 12 hingga 14 Oktober 2021 telah berlangsung satu Program Kebolehpasaran Graduan Dan Aktiviti Kolaborasi Bersama Industri Bersama Industri Bagi Program IR. 4.0 Internet Of Things (IOT) With Arduino Raspberry Pi And PLC. Program ini merupan program anjuran Unit Kerjaya, CISEC dengan kerjasama UPLI dan juga Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.  Ia  merupakan satu program yang diadakan untuk membina satu kumpulan individu yang terlatih dan mahir dalam IR 4.0 yang akan membantu dalam pembangunan dan kemajuan industri di Malaysia.

Objektif program ini adalah Menyediakan ruang dan peluang perkongsian maklumat berkenaan IR. 4.0 Internet Of Things (IOT) With Arduino Raspberry Pi And PLC kepada pelajar di bawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Melaka (PMK). Selain itu, ia juga dapat melatih pelajar JKM, PMK menjadi individu yang mahir dalam IR 4.0 yang akan membantu dalam pembangunan kemajuan industri di Malaysia. Dengan situasi sekarang, Industri perkilangan di negara ini mengalami persaingan yang sengit untuk operasi mereka, dengan adanya IOT ini, ia akan memaksimumkan kecekapan operasi sambil mengekalkan kos operasi yang minimum.

 

Program ini telah dijalankan secara dalam talian dengan melibatkan 30 orang pelajar DKM Semester 4 dan 5. Syarikat yang bertanggungjawab adalah PULSETECH RESOURCES PLT yang beralamat di Lot 600 (23B), 1st Floor, Kwan Tong Baru, Sungai Chua, 43000 Kajang Selangor merupakan syarikat yang berpengalaman luas dalam bidang 4.0 Internet Of Things (IOT) With Arduino Raspberry Pi And PLC ini.

 

 

 Semoga program seperti ini dapat diteruskan di masa yang akan datang.