Melaka, 07 Oktober 2021 (Khamis) – Unit Pendidikan Islam & Moral, Jabatan Pengajian Am (JPA), Politeknik Melaka dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) buat julung kalinya telah menganjurkan Islamic Smart Integrity Programme secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. Program ini bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini disertai oleh 40 orang pelajar Politeknik Melaka yang terdiri daripada para pelajar muslim Semester Satu daripada Jabatan Kejuruteraan Awam iaitu kelas DKA1C dan Jabatan Perdagangan iaitu kelas DAT1C yang mengambil kursus MPU21032-Penghayatan Etika & Peradaban.  Objektif program ini diadakan adalah untuk memupuk sifat integriti dalam diri pelajar. Di samping itu, objektif lain program ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat kerjasama sesama ahli kumpulan serta mengasah minda pelajar. Program ini berbentuk explorace online.

 

 Program ini dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan sesi taklimat oleh Encik Zulkifli Bin Tukiman, iaitu Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kluster Kepimpinan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Selepas itu, pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan Amanah, Kumpulan Jujur, Kumpulan Benar dan Kumpulan Yakin. Seterusnya, semua kumpulan ini bergerak ke room untuk menjawab semua soalan yang ada di setiap room. Kumpulan yang menang (Johan) dikira berdasarkan markah yang paling tinggi. Johan program ini ialah Kumpulan Yakin yang dianggotai oleh pelajar-pelajar dari kelas DAT1C yang terdiri daripada Muhammad Faizal, Muhammad Aiman Haqimie, Nurul Huda, Muhammad Aqif, Nur Rasyidah Farihin, Mohamad Adib Anjab, Nurul Iffah, Nur Syahirah Aliah, Ainul Husna dan Muhammad Fakqrul Radzi. Kumpulan ini menerima hadiah berupa pendrive, phone holder dan USB cable. Manakala Naib Johan dimenangi oleh Kumpulan Benar yang dianggotai oleh pelajar-pelajar dari kelas DKA1C dan DAT1C iaitu Siti Fathymah Zahra, Muhammad Fasyin Hussaini, Mohd Shahrul Nizam, Intan Norfatihah, Abdul Hakim, Muhammad Danial Aizat, Nurul Nasyrah, Nur Alya Syazwana, Siti Suhaila dan Muhammad Hazizi. Naib Johan menerima hadiah berupa pendrive dan phone holder. Program ini tamat pada jam 1.00 petang. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan objektif program ini telah tercapai dengan jayanya. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik terhadap aktiviti yang dijalankan. Rata-rata peserta berharap agar program seperti ini dijalankan lagi pada masa yang akan datang.