Editor: HISHAMUDDIN SHAH BIN IBRAHIM

5hb Oktober 2021 , Bilik Perbincangan CISEC, PMK.

                 Telah berlangsung satu Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Melaka Bil 2/2021 pada 5hb Oktober 2021 bertempat di Bilik Persidangan. Usai Mesyuarat tersebut ,  Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mengadakan satu sesi Kajian Semula PEO dan PLO bersama General Manager Human Resources Honda En Norhishamuddin dan General Manager Shenviro, En Azwadi Mokhtar.

                Sesi tersebut turul dihadiri oleh En Hishamuddin Shah selaku Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Puan Hjh Noraini bt Badui , Ketua Program , Diploma Kej. Mekanikal.  Pihak industry sudi memberi maklumbalas dan pandangan hasil dari maklumbalas graduan Kohort 2017. Maklumbalas yang merupakan ‘exit survey’ ini perlu dibuat 3 tahun selepas graduan menamatkan pengajian. Pihak industry turut memberi pandangan untuk tujuan penambahbaikan dimasa akan datang.

                 Dalam masa yang sama pihak jabatan turut membincangkan akan keperluan sokongan dari pihak industry  bagi tujuan penempatan pelajar JKM menjalankan latihan industri.