MAYBANK ISLAMIK SUMBANG RM 30,000.00 KEPADA PELAJAR POLITEKNIK MELAKA
24 Sept 2021, Melaka – Majlis Perhimpunan Bulanan Politeknik Melaka diserikan dengan satu majlis penyerahan cek sumbangan bantuan dana zakat Maybank Islamik kepada pelajar B40 berlangsung dengan jayanya.
Sumbangan bantuan dana zakat Maybank Islamik berjumlah RM 30,000 kepada pelajar B40 untuk pembiayaan yuran diserahkan oleh Pejabat Perbankan Islam Wilayah Johor/ Melaka, Puan Rohana binti Samin kepada Pengarah Politeknik Melaka, Sr. Hj Razali bin Johari mewakili pelajar Politeknik Melaka.
Maybank menyatakan sumbangan ini dapat membantu pelajar dan keluarga yang kurang berkemampuan untuk menampung keperluan yuran pembelajaran politeknik sejumlah RM200.00 per semester. Sumbangan ini dapat menampung 150 orang pelajar Politeknik Melaka bagi sesi 1 2021/2022.
Politeknik Melaka mengucapkan jutaan terima kasih kepada Maybank Islamik atas sumbangan yang amat bermakna ini.