Editor: Mohd.Fauzi Bin Abu Bakar

15 Sep 2021 – Satu kursus berkaitan Business Model Canvas (BMC) telah dijalankan pada hari ini secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Teams. Kursus ini merupakan sebahagian aktiviti Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan melalui penyertaan terbuka. Seramai 37 orang peserta telah mendaftar dan mengikuti kursus ini. Penceramah kursus ini ialah Encik Mohd Norulhisyam Bin Hassan, merupakan pensyarah Jabatan Perdagangan dan juga jurulatih MDEC. Kursus ini meliputi perkongsian ilmu dan kemahiran berkaitan konsep dan amalan dalam penggunaan BMC. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tip dalam penggunaan platform Facebook dan Instagram yang berkesan.