MPP Sembang Santai bersama Siswa PMK
27 OGOS 2021, POLITEKNIK MELAKA - Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka telah menganjurkan program Sembang Santai Bersama Mahasiswa Politeknik Melaka yang telah berlangsung secara dalam talian di platform Google Meet khusus kepada mahasiswa Dan mahasiswi Politeknik Melaka. Seramai lebih 60 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada wakil kelas daripada setiap kelas.
Antara pengisian daripada program ini adalah dapat memberikan peluang kepada mahasiswa politeknik melaka untuk menyuarakan masalah atau cadangan penambahbaikan buat politeknik melaka kepada majlis perwakilan pelajar (MPP).
Konklusi daripada program tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab yang mana, peserta mengajukan beberapa soalan kepada Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Dengan terlaksananya program ini, diharapkan agar semua masalah Dan cadangan penambahbaikan yang diutarakan oleh mahasiswa kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dapat diusulkan kepada pihak pengurusan. Oleh itu, program seperti ini seharusnya diadakan pada setiap semester bagi mengenal pasti sebarang masalah atau cadangan penambahbaikan daripada mahasiswa Politeknik Melaka.