JKA Anjur Webinar Penulisan Laporan Projek Akhir Berimpak Tinggi
1 Sep 2021 - Satu program Taklimat ke Arah Penulisan Laporan Projek Akhir Berimpak Tinggi telah diadakan anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka. Ia dihadiri oleh seramai 74 orang pelajar Semester 4 dan 5 dan 5 pensyarah Kejuruteraan Awam, Sesi Disember 2020. Penceramah yang telah dijemput ialah pensyarah pakar, Dr. Seri Bunian Binti Mokhtar dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar.
Program yang berbentuk perkongsian ilmu ini dijalankan secara dalam talian selama 3 jam melalui Microsoft Teams menekankan kaedah perancangan dan pelaksanaan projek akhir yang perlu dilaksanakan pada era pendemik COVID 19 ini. Aktiviti ini turut memenuhi domain pembelajaran yang melibatkan kemahiran pemikiran kritis bagi mengeluarkan idea bernas bagi kajian mereka.
Hasil daripada program ini, pelajar dapat memantapkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menjalankan kajian bagi projek akhir. Mereka juga dapat mempraktikkan kaedah penulisan laporan yang lebih berkesan di samping dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran melalui program berimpak tinggi ini.