26 Ogos 2021 - 23 Jun 2021 - PMK telah terlibat dalam aktiviti bersama 2 institusi dari Indonesia pada tahun 2021 iaitu  Universitas Muhammadiyah Prof . Dr. Hamka dan Institut Teknologi & Bisinis Asia, Malang. Penglibatan bersama UHAMKA bermula pada Jun 2021 dengan penglibatan staf dalam program Summer Camp Betawi Culture dan pihak UHAMKA juga akan menghantar pelajar mereka untuk program PMK pada bulan Oktober iaitu 1st Virtual Language Enhancement & Cultural Camp.  Manakala, Institut Teknologi & Bisinis Asia, Malang pulak telah mengikuti program akaun 'Audit Working Paper Webinar Dengan KPMG ' bersama Jabatan Perdagangan pada Jun 2021 dan 'Virtual Broadcasting Program' bersama 'Jabatan Pengajian Am', Kelab Bahasa Inggeris dan Kelab Kejuruteraan Awam pada bulan Julai.

 

Maka pada kedua-dua institusi ini telah bersetuju untuk mengadakan tandatangan kolaborasi pada 26 Ogos bagi merasmikan hubungan dua hala ini. Rektor UHAMKA iaitu Prof. Dr. Gunawan Suryoputro,M.Hum tidak dapat hadir dan diwakili oleh Wakil Rektor iaitu Dr Lelly Qodariah sementara Rektor Institut ASIA iaitu Miss Risa Santoso turut hadir. Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar. Adalah diharapkan bahawa pihak PMK dapat melawat kedua-dua institusi ini pada 2022 apabila sempadan antarabangsa dibuka.