Virtual Broadcasting Bersama Institusi Teknologi & Bisnis Asia, Malang Indonesia
26-29 Julai - PMK telah dihubungi oleh Ibu Lyla, pegawai antarabangsa Institusi Teknologi & Bisnis Asia, Malang pada 15 Jun untuk menyampaikan hasrat untuk berkolaborasi dan mengadakan aktiviti bersama PMK. Antara aktiviti yang disebutkan adalah aktiviti Bahasa Inggeris , maka telah di cadangkan untuk menjalani program Virtual Broadcasting in English bagi tujuan mendedahkan pelajar kepada penggunaan 4 kemahiran Bahasa Inggeris melalui aktiviti Broadcasting.
Pada 24hb Jun mesyuarat secara atas talian telah diadakan antara Pn Marina dan 4 orang pensyarah Bahasa Inggeris Institusi ASIA untuk membentangkan konsep penggunaan broadcasting dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris. Maka telah diputuskan untuk mengadakan program 3 hari ini yang melibatkan pembentangan teknik membuat broadcasting (mengikut Teknik ASTRO Awani) dan setiap pasangan yang terdiri daripada seorang pelajar PMK dan seorang pelajar ASIA akan membuat liputan cerita yang ditetapkan serta temuduga pelajar negara lain. Ini akan membuka peluang untuk pelajar PMK untuk bekerjasama dengan pelajar luar negara dan mengasah kemahiran generic. Maklumbalas selepas program sangat positif dengan cadangan mengulang program serta menambahkan tempoh masa.