PSH:BENGKEL PENGGUNAAN SISTEM PEMARKAHAN ADAF (ADEx) CAWANGAN AMALAN DAN PERKEMBANGAN FARMASI NEGERI MELAKA
28 Julai 2021 - PMK dan JMSK telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi Negeri Melaka, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membangunkan sistem pemarkahan bagi kegunaan auditor Farmasi Negeri Melaka bagi kegunaan ADAF.
Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF) merupakan pemeriksaan bebas yang terperinci yang dilakukan ke atas prosedur, peraturan dan langkah kawalan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan dilaksanakan dengan efisyen dan berkesan. Prosedur penting ini akan membantu pihak pengurusan memantau pelaksanaan polisi-polisi organisasi, prosedur serta peraturan di unit dan jabatan farmasi.
Kerjasama dengan pihak Politeknik Melaka adalah pihak Politeknik akan menyumbangkan kepakaran untuk membangunkan Sistem Dokumen Pemarkahan ADAF ini mengikut 11 senarai semak bagi kegunaan pihak Auditor Farmasi Negeri Melaka. Sehubungan itu, bengkel ini dianjurkan untuk memberikan latihan dan pendedahan kepada auditor-auditor farmasi Negeri Melaka untuk menggunakan Sistem Dokumen Pemarkahan ADAF yang telah dibangunkan ini.
Objektif program adalah untuk memastikan semua auditor farmasi negeri Melaka dapat menggunakan Sistem ADAF secara betul dan berkesan. Selain itu ia dapat memudahkan proses kerja auditor bagi menghasilkan laporan dan juga mengetahui markah audit dengan cepat. Ia juga bertujuan mengurangkan kesilapan laporan bagi mencapai sasaran laporan Audit Dalaman amalan Farmasi (ADAF) disiapkan dalam tempoh 2 minggu.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini peserta yang menyertai kursus akan mendapat latihan dan pendedahan tatacara penggunaan Sistem Dokumen Pemarkahan ADAF yang telah dibangunkan oleh pihak politeknik. Latihan ini adalah penting supaya setiap auditor memahami langkah-langkah dan tatacara penggunaan penggunaan sistem ini.