23 Jun 2021 - PMK dan POLMED telah mengadakan hubungan dua hala sejak 2019. Dari tempoh 2019 sehngga 2021 ,  sebanyak 9 aktiviti telah dijalankan, dimana 5 aktiviti adalah secara bersemuka dan 4 secara maya. Perancangan asal melibatkan program CSR @Medan di mana , pihak PKM telah merancang untuk membina tempat wuduk serta mengecat dinding di Masijid Rafiuddin, Medan pada 24 Mac 2020 serta majlis tandatangan kolaborasi Agreed Minutes Of Meeting (AMM). Walaubagaimanapun, pandemik Covid 19 telah menjejaskan pergerakkan program merentasi sempadan, maka telah diputuskan untuk mengadakan serahan duit derma sebanyak RM6501 secara virtual kepada wakil Masjid Rafiuddin, Ustaz Wan Solihin bagi tujuan pembangunan tempat wuduk serta pesantren perempuan di Kawasan Masjid Rafiuddin. Perbincangan kolaborasi yang ringkas juga turut diadakan antara Pengarah PMK dan Direktur POLMED untuk membuka ruang bagi lebih banyak aktiviti untuk dijalankan. PMK akan membuat lawatan ke Medan dan Masjid Rafiuddin, apabila sempadan antarabangsa dibuka semula, Insyallah.