Editor: NOOR SHUHAILIE BINTI M.MOHAMED NOOR

18 Jun 2021- 21st Century Skills merupakan set kemahiran yang telah digariskan keperluannya khususnya dalam memastikan para graduan sentiasa dapat bersaing di persada pasaran tenaga kerja tempatan mahupun antarabangsa kelak.

Menyedari tentang peri pentingnya kemahiran ini, Jawatankuasa Penasihatan Sistem Penasihatan Akademik dengan Kerjasama Unit Kerjaya, CISEC telah menganjurkan program Dari Inspirasi kepada Aspirasi: Memacu Minat & Menerokai Kemahiran Bidang Komunikasi dan Seni Suara. Program ini berjaya mengumpulkan para pelajar semester 1 dan 2 Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) Jabatan Perdagangan (JP) Politeknik Melaka (PMK) berjumlah 54 orang bagi mendapatkan input berkaitan memacu minat kepada pengasahan bakat dan menjadikan bidang komunikasi mahupun seni suara sebagai salah satu bidang kerjaya kelak samada secara sepenuh atau separa masa. Selain itu, menjadi ia satu keistimewaan dan kelebihan seseorang graduan dalam bersaing di alam pekerjaan kelak.

Perkongsian pengalaman dari penceramah jemputan, Puan Marzura Mat Arid, seorang DJ Radio berpengalaman sejak berkhidmat di Radio Perlis FM dan terkini berkhidmat di Radio UNIMAP berjaya menarik perhatian para peserta, bukan hanya perkongsian teori semata-mata berkaitan kemahiran komunikasi bahkan para pelajar turut diberikan aktiviti hand-ons seperti pelbagai kaedah pernafasan, kaedah pembacaan teks MC, DJ dan berita.