Editor: NOOR SHUHAILIE BINTI M.MOHAMED NOOR

11 Jun 2021- Penganjuran Pertandingan Akhir Projek Pelajar Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2020 yang telah diadakan secara atas talian dengan mempertandingkan dua jenis kategori iaitu  Kategori Inovasi (Produk)  dan Kategori Isu Perniagaan (Ilmiah) telah menyaksikan 9 buah kumpulan berentap bagi merebut Johan setiap kategori dengan mempersembahkan pelbagai gabungan idea inovasi dan penghasilan prototaip yang telah dinilai keperluannya bersama industri yang telah dipilih oleh setiap kumpulan.

Ternyata dapatan para juri jemputan terdiri dari Puan Zaifilla Farrina binti Zainuddin (Yayasan UNIKL), Puan Nurismah binti Ibrahim (Politeknik Port Dickson ), Puan Ummi Kalsum binti Hassian (UiTM Kampus Bandaraya Melaka)  & Puan Aznira binti Zainal (Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah) menyatakan bahawa kesemua projek yang dipertandingkan adalah unik, berjaya memenuhi keperluan industri dan mempunyai kelebihan untuk lebih maju ke hadapan bagi tujuan pengkomersialan kelak.

Johan kategori Inovasi Jabatan Perdagangan telah dinobatkan kepada Kumpulan Moveable Boots Rack terdiri dari Nur Afiqah binti Nor Azlan, Loke Jo Ey dan Nureen Khalissa binti Kamal Ariffin dengan pimpinan penyelia Encik Mohd Norulhisyam bin Hassan dan Johan kategori Isu Perniagaan telah disandang oleh kumpulan Smart Shopping using Mobile Apps (Quick Shop Apps) terdiri dari Meeravanee a/p Nagarajan, Malini a/p Thamothran dan Sharvin Kumar a/l Sureshkumar dengan pacuan penyelia Puan Norizah binti Mahasan.

Turut terpilih ke peringkat akhir Politeknik Melaka, dua kumpulan dari setiap kategori terdiri dari Naib Johan Peringkat Jabatan kategori Inovasi iaitu kumpulan Technology Application in SME Restaurant dianggotai Nursyafiqah binti Talib, Amir Firdaus bin Mohd Hizaz dan Nurul Asyikin binti Mohd Sharif bersama penyelia puan Noor Azira binti Sawal. Manakala Naib Johan kategori Isu Perniagaan adalah Karthigah a/p Paniappan, Raaj Kumar a/l Srimurgan, Yuvan Sankar a/l Murugeshvaran dengan penyelia puan Rosmaria binti Ismail.

Menurut penyelaras projek akhir, puan Noor Shuhailie M Mohamed Noor menyatakan bahawa para pelajar telah membuat analisa keperluan produk dan melalui proses pembangunan produk termasuk menggunakan kaedah analisis situasi. Pembelajaran berteraskan pengalaman ini juga telah menyaksikan 2 buah kumpulan lagi yang terdiri dari projek Development of Multipurpose Trolley Towards Manual Material Handling and Shelves Arrangement diangggotai Nurhajar Jannah binti Zainudin, Norshaferah binti Mohammed Ali dan Norshuhada binti Edi Yusman dipacu  penyelia Encik Mohd Fauzi bin Abu Bakar bagi kategori Inovasi dan projek Raw Material Calculation 1.0 as A Calculator Tools terdiri Muhammad Sahfiq bin Saiful Bahari, Muhammad Faiz Sollihyn bin Mohd Nor dan Muhammad Fauzi bin Adnan di bawah seliaan Puan Noriah binti Moksin berjaya merangkul tempat ketiga kategori Isu Perniagaan.

 

Semoga dengan penganjuran pertandingan seperti ini akan mengolah potensi inovasi di samping menjulang nama TVET di kalangan para pelajar sekaligus berjaya mendekatkan jurang antara Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka dengan pihak industri.