GABUNGAN KREATIVITI DAN INOVASI MAMPU HASILKAN PEMBENTANGAN BERIMPAK
Editor: NOOR SHUHAILIE BINTI M.MOHAMED NOOR
8 Jun 2021- Peranan sebuah institusi pendidikan tinggi dalam mengeratkan jurang antara keadaan realiti situasi di luar yang sebenar dan pembelajaran teori di dalam kelas adalah amat penting. Sehubungan itu, pengajuran sesi Seminar PPI- Penerapan Minda Kreatif dan Inovatif : Memacu Persembahan Cemerlang telah dilaksana pada 8 Jun 2021 melibatkan 27 orang pelajar semester akhir Diploma Perniagaan Antarabangsa yang sedang mengikuti kursus DPB6043-Business Project.
Sesi seminar yang dilaksanakan ini telah menjemput Puan Nurhidayah binti Idrus, Pegawai Tadbir dan Diplomatik dalam melaksanakan perkongsia pengalaman dan pengetahuan sebagaimana beliau berpengalaman luas dalam penganjuran pelbagai program mahupun terlibat dalam pelbagai pembentangan dan persidangan.
Penceramah turut berkongsi tentang elemen inovatif dan kreatif yang diperlukan pada masa sekarang serta bagaimana mahu menjadi pembentang yang hebat dengan menggunakan gabungan kreativiti dan inovasi di dalam elemen persembahan.
Semoga dengan penganjuran program seperti ini akan meningkatkan pengetahuan para pelajar sekaligus memacu kepada penerapan nilai graduan TVET yang holistik seiring dengan keperluan industri.