16 JUN 2021 (RABU) –  Pelaksanaan program bersama badan professional Malaysian Institute Of Certified Public Accountants (MICPA) bukanlah julung kalinya dianjurkan. Bagi memastikan Program bersama Malaysian Institute Of Certified Public Accountants (MICPA) dapat diteruskan dalam normal kehidupan yang baharu dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pelaksanan Program “MICPA Virtual Talk Session, Overview On Financial Reporting In Malaysia” telah dilaksanakan secara Virtual dengan menggunakan aplikasi Zoom. Program yang dianjurkan ini bertujuan memberi pendedahan khusus kepada pelajar berkaitan pelaporan kewangan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Peserta program ini terdiri daripada 38 orang pelajar semester 1 Diploma Akauntansi, Politeknik Melaka. Pelajar  berada di lokasi masing-masing melalui capaian yang diberikan. Melalui program ini pelajar akan didedahkan berhubung amalan, prosedur,standard pelaporan kewangan serta menganalisis dengan jelas untuk menentukan peruntukan yang berkaitan dengan pelaporan kewangan di bawah profesional perakaunan awam dan piawaian yang berkaitan. Sejajar dengan peningkatan permintaan dalam profession perakaunan, graduan yang dilahirkan mestilah mempunyai kemahiran, ilmu dan jatidiri yang mantap dalam bidang yang berkaitan.

Penceramah yang dijemput ialah Mr Foo Yoke Pin, Project Director (MFRS Implementation Activities) dari Malaysia Accounting Standard Board (MASB). Intipati seminar ini adalah berkonsepkan ‘ OVERVIEW ON FINANCIAL REPORTING’. Semoga webinar ini akan dapat mencapai objektifnya dalam memberikan input yang bermanfaat kepada para peserta serta dapat diteruskan lagi pada masa hadapan walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19.