PPI : INTERNATIONAL WEBINAR ON THE AUDIT WORKING PAPER WITH KPMG

16 JUN 2021 (RABU) –  Bidang pengauditan merupakan antara bidang yang mendapat permintaan yang tinggi oleh pihak industri.  Justeru, satu program Pensyarah Pelawat Industri iaitu The Audit Working Paper International Webinar With KPMG telah dianjurkan bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman pelajar tentang konsep pengauditan yang dipraktikkan di industri. Program ini memberi pendekatan khusus kepada semua peserta mengenai konsep pengauditan terutama dalam topik Audit Documentation dan Documentation And Sampling. Kedua-dua topik ini terdapat di dalam kursus DPA5043 (Audit & Assurance) dan DPA40123 (Audit 1).

International webinar yang berlangsung menerusi platform Ms Teams ini melibatkan penyertaan dari Politeknik Melaka dan peserta luar yang dijemput. Peserta program ini terdiri daripada 41 orang pelajar DAT semester 5 dan 80 orang pelajar DAT Semester 4, Politeknik Melaka, serta turut disertai pelajar dan pensyarah jemputan dari Politeknik di Indonesia. Antaranya ialah Politeknik Sri Wijaya, Politeknik Medan dan beberapa institusi lain di Indonesia. Pihak industri yang dijemput untuk menyampaikan seminar ialah Encik Muhammad Arif Idrus, Audit Partner dari KPMG Malaysia. Intipati seminar ini adalah berkonsepkan “THE AUDIT WORKING PAPER - FROM THEORY TO  PRACTICAL”.  Pihak KPMG juga berbesar hati menyampaikan sedikit perkongsian mengenai peluang kerjaya di KPMG yang disampaikan oleh Cik Yasmin Soraya sebagai Career Advisor KPMG Malaysia.  Secara keseluruhannya, peserta berpuas hati dengan perkongsian maklumat dari pihak KPMG.  Semoga webinar ini akan dapat mencapai objektifnya dalam memberikan input yang bermanfaat kepada para peserta serta dapat diteruskan lagi pada masa hadapan walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19.