29 Mei 2021, Melaka - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka telah mengadakan program Talk with Motivator dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini dianjurkan khas untuk siswa siswi India, Politeknik Melaka.

Ceramah motivasi ini disampaikan oleh Pn Chandra Kanniappan yang merupakan guru di SJK (T) Jalan Bukit Renggam. Dia mengemukakan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa dalam proses pembelajaran pada masa kini. Dalam wabak kritikal ini, banyak pekerja kehilangan pekerjaan sementara mahasiswa yang telah tamat pengajian pula tidak mendapat peluang pekerjaan. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan mahasiswa menghadapi masalah kewangan, masalah tekanan dan sebagainya. Ada kemungkinan mahasiswa yang sedang pengajian sekarang menghadapi masalah ini pada masa akan datang apabila mereka telah tamat pengajian, kata Pn Chandra.

Berdasarkan masalah ini, Pn Chandra memotivasi mahasiswa untuk tidak mudah berputus asa dan mencari alternatif lain untuk menghadapi masalah serta menjelaskan cara-cara mengatasi masalah tersebut. Beberapa mahasiswa berkongsi masalahnya dengan Pn Chandra dan beliau memberikan kata-kata motivasi kepadanya dan cadangan bagaimana mengatasi masalah tersebut.

Secara tuntasnya, program motivasi ini memberikan banyak faedah kepada mahasiswa dan memberi peluang untuk berkongsi masalah mereka. Mahasiswa juga berpeluang membuat persediaan terlebih dahulu dengan mengatakan bahasa Melayu 'sediakan payung sebelum hujan' ketika menghadapi masalah ini kerana kemungkinan masalah yang dihadapi telah dijelaskan oleh penutur. Oleh itu pelajar akan menangani masalah dengan bijak.