FORUM YOSH HEART TO HEART
30 MEI 2021, POLITEKNIK MELAKA - Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka telah menganjurkan program Forum by Youth of Strength & Happiness (Yosh) bertajuk Heart to Heart yang telah berlangsung secara atas talian di platform Google Meet khusus kepada siswi Politeknik Melaka. Seramai lebih 60 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada siswi Politeknik Melaka.
Program yang menampilkan tiga panel yang sangat berkemahiran dan berpengalaman selaku penceramah Forum by Yosh (heart to heart).Antara pengisian daripada forum sebentar tadi ialah kita sebagai muslim hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri khususnya kepada kaum hawa.Selain itu,kita sebagai muslim juga perlu sentiasa mengambil berat terhadap golongan kurang upaya dengan cara menghulurkan bantuan khususnya dari segi perbelanjaan harian.
Konklusi daripada forum tersebut diakhiri dengan peserta mengajukan soalan di ruangan chat yang telah disediakan dan dijawab dengan sangat bernas dan mudah difahami. Syukur Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang baik khususnya daripada siswi Politeknik Melaka.
Dengan terlaksananya program ini, diharapkan semua peserta yang menyertai program ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya dari aspek kebersihan diri.Oleh itu, program seperti ini seharusnya diadakan pada setiap semester bagi meningkatkan kesedaran setiap individu dari masa ke semasa.