PERTANDINGAN PIDATO ONLINE
29 April 2021, Melaka - Pertandingan Pidato Bahasa Melayu bentuk video anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka dengan kerjasama Kelab Debat Dan Orator Politeknik Melaka telah berlangsung pada 26 Hingga 28 April 2021 secara dalam talian dengan menggunakan Platform “Instagram”. Seramai 20 penyertaan daripada warga Politeknik Melaka telah menyertai pertandingan Ini.
Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan siswa siswi yang mempunyai keyakinan yang tinggi dalam diri. Selain itu, dapat membantu siswa siswi dalam mempraktikkan teknik pengucapan awam yang baik dengan struktur dan teknik yang betul. Seterusnya, menjadikan siswa siswa berfikiran kritis dan rasional dalam menilai isu semasa.
Dengan terlaksananya program ini, peserta dapat meningkatkan keyakinan dalam diri masing – masing. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita dapat lihat yang mana peserta pertandingan berani menyertai pertandingan ini dengan memuat naik video penyertaan di laman Instagram masing – masing. Hal ini terbukti keyakinan dalam diri pelajar dapat dipertingkatkan melalui program ini. Selain itu, peserta pertandingan ini juga dapat mempraktikkan teknik pengucapan awam dengan baik.
Kesemua pemenang pertandingan video pidato akan mewakili Politeknik Melaka untuk menyertai program “MAKMAL BAHASA :SENI ORATOR BAHASA MELAYU POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA 2021” Anjuran Bahagian Ambilan Dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) Dan Politeknik Besut, Terengganu (PBT) yang dijadualkan pada 19 dan 20 Mei 2021 secara dalam talian.