Sumber: Zaihasra Binti Rukiman

26-29 April 2021 (Isnin-Khamis) - Bengkel Teknikal, Pengurusan Operasi Dan Pembangunan Produk Sos Perapan Dan Sos Pencicah Bersama Mardi Melaka merupakan salah satu usaha yang sedang dilakukan oleh pelajar bersama penasihat inkubator bagi kursus Diploma Perniagaan Antarabangsa bagi menyahut saranan kerajaan supaya pelajar cenderung untuk memilih bidang keusahawanan sebagai salah satu daripada kerjaya pelajar selepas graduat kelak.  Penghasilan produk tersebut merupakan Produk Sos Perapan dan Sos Pencicah bagi masakan seperti ayam atau daging.  Bengkel  ini akan disertai oleh 4 kumpulan pembuatan sos iaitu pembuatan Perapan Korean Style, Perapan Royal Honey, Perapan Tandoori, dan Perapan Hot Black, serta pembuatan Sos Pencicah Korean Style, Sos Pencicah Royal Thai, Sos Pencicah Svadisht Mint dan Sos Pencicah Hot Black.  Bengkel ini akan memberi pendedahan kepada pelajar dan penasihat tentang kaedah memproses produk sos yang berkualiti dan menghasilkan produk akhir yang menepati citarasa dan menjadi pilihan kepada pelanggan kelak.. Objektif utama bengkel ini adalah menghasilkan produk akhir 4 jenis perapan dan 4 jenis sos pencicah yang sedia untuk dipasarkan dan menepati citarasa serta menjadi pilihan kepada pelanggan dan memberi pendedahan secara jelas dan terperinci kepada pelajar dan penasihat setiap kumpulan tentang proses penghasilan produk yang lebih berkualiti bersama pihak MARDI. Jumlah peserta adalah seramai 22 orang yang melibatkan 8 orang pelajar dan 14 orang pensyarah. Pelaksanaan bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman penasihat dan pelajar dalam menghasilkan produk perapan dan sos pencecah yang lebih berkualiti dan penghasilan produk akhir yang bertepatan bagi penggunaan pelanggan yang menggunakannya.