Sumber : Zaihasra Binti Rukiman

 

27 April 2021 (Selasa) - Program “Matrade Jakarta, Indonesia Operation And Its Challenges” adalah program yang dianjurkan bertujuan untuk memperluas pemahaman instrumen utama dalam dasar perdagangan antarabangsa. Pelajar akan didedahkan dengan teori perdagangan antarabangsa yang menentukan corak perdagangan antarabangsa pada hari ini dan juga pengaruh badan antarabangsa yang mengatur dasar perdagangan dan peraturan pemerintah untuk mendorong perdagangan antarabangsa. Isu-isu semasa juga turut dibincangkan bagi memahami konsep perdagangan antarabangsa.. Peserta program ini terdiri daripada 28 orang pelajar semester 4 Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI), 28 orang pelajar Diploma Akauntansi Politeknik Melaka dan 24 orang pelajar semester 2 Diploma Pemasaran (DPR), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Panel jemputan bagi program ini adalah Encik Amirul Azman Ahmad , Assistant Trade Commisioner, MATRADE-Jakarta, Indonesia. Bagi memastikan pelajar mendapat informasi daripada pihak Industri, program ini dijalankan   dalam normal kehidupan yang baharu dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) , pelaksanaannya  adalah secara Virtual dengan menggunakan aplikasi Microsoft Teams.