Sumber : Zaihasra Binti Rukiman

 

27 April 2021 (Selasa) - Program “International Green Technology And Sustainable Development” adalah program yang dianjurkan bertujuan memberi pendedahan khusus berkenaan Teknologi Hijau . Peserta program ini terdiri daripada 28 orang pelajar semester 4 Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI), 28 orang pelajar Diploma Akauntansi Politeknik Melaka dan 24 orang pelajar semester 2 Diploma Pemasaran (DPR), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan bagaimana teknologi hijau dijalankan yang akan disampaikan oleh pihak industri yang terdiri daripada dalam dan luar negara. Panel jemputan bagi program ini adalah Mr. Debapratim Dinda, Marketing Manager – India and Regional Technical Manager – Asia (Roxul Rockwool Technical Insulation India Pvt. Ltd) dan Mr. Faizul Bin Hj.Ideris , Manager Norms, Standards and External Relations, Rockwool Malaysia Sdn.Bhd. Pelajar juga akan didedahkan dengan masalah utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia sekarang ialah isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga. Kedua-dua cabaran ini harus ditangani dengan bijak dan secara kolektif demi memastikan kelangsungan hidup penghuni bumi baik manusia, haiwan dan tumbuhan pada masa akan datang. Bagi memastikan pelajar mendapat informasi daripada pihak Industri, program ini dijalankan   dalam normal kehidupan yang baharu dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) , pelaksanaannya  adalah secara Virtual dengan menggunakan aplikasi Microsoft Teams.