KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN
Sumber : Hairani binti Ahmad Zainuldin
Politeknik Melaka, 22 April 2021- Kursus Latihan Pengendali Makanan, memacu inspirasi kejayaan bakal usahawan pelajar Beezzy Bizz-PMK.
Ternyata dengan aspirasi yang dibawa oleh fasilitator khususnya berkaitan peraturan-peraturan dan amalan baik di dalam industri makanan yang turut diselitkan dengan contoh senario telah membawa 16 orang peserta program ini melihat realiti dunia sebenar dan keperluan dalam mengendalikan sebuah inkubator makanan.
Sesi latihan ini turut memberi nilai tambah ilmu & kemahiran para peserta dalam merancang dan mengendali inkubator selaras dengan kehendak industri pada waktu akan datang.
Semoga semua peserta terus melakar kejayaan.