“MICPA VIRTUAL SESSION, MICROSOFT OFFICE TOOLS: MS WORD” (PPI)
Sumber : Susantiana binti Zakaria
Politeknik Melaka, 19 April 2021 (Isnin) – Satu program Pensyarah Pelawat Industri telah dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan bersama The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA). Dunia kini berada dalam era maklumat dimana teknologi maklumat memainkan peranan penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa sempadan. Selaras dengan ini, Program “MICPA Virtual Session, Microsoft Office Tools: MS Word” telah dianjurkan bertujuan meningkatkkan kemahiran pelajar terhadap penggunaan Microsot Office: Ms Word yang digunakan oleh pelajar sepanjang tempoh pengajian.
Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian yang terdapat dalam Microsoft Office dengan tujuan meningkatkan potensi pelajar ke tahap yang baru. Bagi memastikan pelajar mendapat informasi daripada pihak Industri, program ini dijalankan dalam normal kehidupan yang baharu dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, pelaksaan PPI dilaksanakan secara Virtual dengan menggunakan aplikasi Microsoft Teams.
Program secara virtual ini merupakan alternatif baru yang lebih bermakna dan lestari dalam memastikan perkongsian ilmu dapat diteruskan meskipun wujud kekangan sepanjang situasi COVID-19. Peserta program ini terdiri daripada 38 orang pelajar semester 1 Diploma Akauntansi (DAT) Politeknik Melaka. Pelajar berada di lokasi masing-masing melalui capaian yang diberikan. Melalui program ini pelajar didedahkan dengan perisian ini yang disampaikan oleh Ms Eileen Grace Lee, Head of Marketing Department, Malaysian Institute Certificate Public of Accountants. Semoga program perkongsian ilmu ini akan dapat memberi manfaat yang berguna kepada para pelajar sekaligus dapat diaplikasikan dalam tugasan seharian.