21 April 2021, Melaka – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka telah mengadakan satu program Seikhlas Hati Ramadhan (Iftar Bersama Siswa dan Siswi ) Politeknik Melaka. Program ini bermula pada jam 5:30 petang sehingga 7:50 malam.
Sebanyak 2 buah rumah yang terdiri daripada rumah sewa siswa dan rumah sewa siswi Politeknik Melaka telah dikunjungi oleh 12 orang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka anjuran Exco Kebajikan Sosial, Saudari Siti Norafiqah binti Norulazmi ini turut dihadiri oleh, saudara Muhammad Hafiz Bin Mohd Tajri, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka .
Sebaik sahaja mengunjungi rumah sewa siswa dan siswi di sekitar Politeknik Melaka, MPP berkongsi ilmu mengenai kebaikan bulan Ramadhan dan berbuka puasa bersama siswa dan siswi serta menunaikan solat maghrib bersama – sama.
Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengambil cakna mengenai kebajikan siswa dan siswi yang berada di sekitar Politeknik Melaka. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebajikan siswa dan siswi Politeknik Melaka merupakan tanggungjawab yang besar kepada MPP Politeknik Melaka.
Dengan terlaksananya program ini, Majlis Perwakilan pelajar dapat sedikit sebanyak menjaga kebajikan pelajar serta dapat mendengar keluahan siswa siswi yang berada di sekitar Politeknik Melaka semasa bulan Ramadhan ini disamping mengedarkan risalah aduan kebajikan pelajar. Selain itu, Majlis Perwakilan Pelajar juga dapat mendekatkan lagi diri kepada siswa dan siswi Politeknik Melaka yang membawa kepada terjalinnya hubungan yang lebih erat diantara MPP dan siswa siswi Politeknik Melaka.