Sumber : Norraihan binti Mohd Aini

17 APRIL 2021 (SABTU), MELAKA – Satu kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan bersama komuniti Balai Panjang. Kursus ini telah dihadiri seramai 22 orang terdiri daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan komuniti Balai Panjang Melaka. Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan tentang kemahiran menyediakan dokumen menggunakan aplikasi Microsoft Word dan menyediakan slaid pembentangan dengan menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint. Fasilitator bagi kursus ini adalah Puan Armarzila, Puan Farizoh, Puan Nurena serta Puan Zaihasra.

Menurut, En. Abdul Karim bin Harun, Pengerusi JPKK, kursus ini ternyata berjaya mencapai objektif kerana ia sangat diperlukan bagi melancarkan setiap urusan pembangunan dokumen JPKK dan membantu memberi nilai tambah kemahiran asas komputer kepada komuniti. Semoga kursus seperti  ini dapat dilaksanakan lagi pada waktu akan datang bagi peringkat Intermediate pula, dan semoga ianya dapat diperluaskan kepada lebih ramai pengguna lagi.