19 April 2021, Melaka - Demam pilihan raya Politeknik Melaka akhirnya berakhir dengan berlangsungnya Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan EXCO Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi Disember 2020. Proses pilihanraya serentak dijalankan pada 7 April 2021 di seluruh Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti.

 

          Sebanyak 17 kerusi telah dipertandingkan. Seramai 6 orang dilantik menjadi Majlis Tertinggi dan 11 exco dilantik bagi memperkasa Politeknik Melaka. Saudara Muhammad Hafiz Bin Mohd Tajri, pelajar Jabatan kejuruteraan Awam telah dilantik sebagai Yang Dipertua MPP sesi Disember 2020

 

          Watikah perlantikan disampaikan oleh Pengarah Politeknik Melaka, Sr. Hj. Razali Bin Johari. Sr. Hj. Razali Bin Johari berkata dalam ucapannya, “MPP perlu melaksanakan segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan serta mempunyai pemikiran yang tinggi agar boleh memperkasa Politeknik Melaka”.

 

            Intipati ikrar Majlis Perwakilan Pelajar antaranya merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti selaras dengan kehendak Dasar Negara dan Politeknik , mengamalkan nilai – nilai murni selaras dengan keluhuran Prinsip Rukun Negara dan sentiasa menunjukan contoh teladan yang baik kepada warga Politeknik khasnya dan masyarakat di luar amnya. Selain itu, ia Juga menekankan pelan pendidikan tinggi lonjakan 1 iaitu menjadi mahasiswa yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.

 

            Selain watikah pelantikan , beberapa MPP telah mengemukakan cadangan dan aduan yang di ambil daripada program dialog pelajar bersama MPP dimana kesemua aduan dan cadangan tersebut telah diterima dan dijawab secara professional dan akan dibincangkan dengan lebih terperinci di peringkat atasan .