MENGOLAH POTENSI, MENCAPAI IMPIAN DI ENTREPRENEURSHIP AND BUSINESS BOOTCAMP 1
Sumber : Norraihan bt Mohd Aini
Kota Bharu, 26-29 Mac 2021 - Program Entrepreneurship and Business Bootcamp 1 yang telah berlangsung pada 26 hingga 29 Mac 2021 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota telah membawa 4 orang pelajar Inkubator Beezzy Bizz yang sedang diberi latihan berstruktur di bawah sebuah program keusahawanan nasional, Structured Entrepreneurial Incubator Program (SEIP) bergabung di bawah satu bumbung dengan para peserta dari 9 buah kumpulan inkubator lain yang melibatkan 6 buah institusi secara keseluruhannya termasuk UMK, UiTM, UTEM, UUM, UPM dan Politeknik Muadzam Shah.
Sepanjang program Bootcamp 1 ini, para peserta telah diberi pendedahan berkaitan Voice Model Canvas, sesi product pitching dan market intelligence. Peserta juga turut diolah minda dan potensi keusahawanan dalam memperkenalkan produk mewakili setiap kumpulan pelajar di dalam inkubator Beezzy Bizz iaitu kumpulan Kimchi Haeyo dengan produk Korean Style Marinade dan Korean Style Sauce; kumpulan The Royal Folks dengan produk Royal Honey Chicken Marinade dan Royal Thai Sauce; kumpulan La Hadharah dengan produk Tandoori Marinade dan Svadisht Mint Sauce dan kumpulan Pepe Nero dengan produk Hot Black Marinade dan Hot Black Sauce.
Pelancaran program SEIP (Structured Entrepreneurial Incubator Program telah disempurkan oleh Encik Redhauddin bin Kamaruzaman, Pengarah Education Malaysia serta turut diadakan sesi penyampaian Watiqah Pelantikan Ketua Projek SEIP 2020/2021 termasuk penerima Pn Noor Shuhailie M.Mohamed Noor, Ketua Projek SEIP Beezzy Bizz.
Menurut Pn. Hafizah Osman, Penasihat Inkubator DPI-PMK, dengan perlaksanaan program seperti ini, para peserta dapat mendalami ilmu keusahawanan secara teori dan praktikal, malahan menguasai dan mengolah potensi keusahawanan individu yang boleh digunakan sebaik tamat pengajian dalam melahirkan produk dan perusahaan sendiri kelak.
Pada hari terakhir program, para pelajar telah membuat pembentangan, pameran & demonstrasi produk beserta sesi jualan. Diharapkan pada waktu akan datang, produk-produk keusahawanan pelajar ini dapat dipertingkatkan lagi aras inovasi dan menarik minat para pelabur kelak.