EXTERNAL EXAMINER INTERIM REPORT DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Editor : Hishamuddin Shah Bin Ibrahim
7hb April 2020- Bilik Perbincangan CISEC PMK
Telah berlangsung satu Sesi Penilaian Pihak Luar (EE) bagi Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal untuk penghantaran Laporan Interim ke pihak ETAC pada bulan Jun 2021 nanti. Panel luar yang dilantik ialah Dr. Ruzaidi bin Zamri dari UTEM, Melaka. Proses penilaian luar kali ini menumpukan kepada jawapan kepada 6 isu ‘Concern’ dan tiga ‘Opportunity for Improvement’ (OFI).
Sesi tersebut berakhir dengan baik setelah pihak Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mengambil inisiatif yang baik dalam memastikan pembangunan pelaksanaan program. Disarankan juga agar program mengukur cadangan untuk peningkatan selanjutnya dari lawatan ini untuk memastikan kelangsungan program ini dan oleh itu kualiti akademik program ini selaras dengan keperluan badan akreditasi dan memenuhi keperluan industri.