Sumber : Hairani Binti Ahmad Zainuldin

8 April 2021 (Khamis) - Satu program Meneroka Keusahawanan Digital sebagai program pendedahan keusahawanan kepada pelajar semester 1 Jabatan Perdagangan telah dijalankan bertempat di DK 1, Politeknik Melaka. Seramai 24 orang pelajar telah menghadiri program ini dan penceramah jemputan adalah En. Mohd Norulhisyam Bin Hassan dari Jabatan Perdagangan. Program ini dianjurkan oleh Penyelaras Keusahawanan Jabatan Perdagangan dan diketuai oleh Puan Hairani Binti Ahmad Zainuldin.

OBJEKTIF

  • Menyediakan satu platform bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya terutamanya dalam aktiviti keusahawanan.
  • Memberi peluang kepada pelajar meneroka keusahawanan kreatif dalam keusahawanan digital.
  • Memupuk semangat berpasukan dan kerjasama di samping menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif untuk melahirkan usahawan yang inovatif.
  • Melatih pelajar supaya dapat berkomunikasi dengan lebih baik dalam aktiviti keusahawanan terutamanya kepada penyedia peluang kerjaya mereka di masa akan datang.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar bagi mempelajari proses – proses yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan.

IMPAK PROGRAM:

  • Pelajar amat berminat untuk mendapatkan maklumat berkaitan keusahawanan digital.
  • Pelajar berminat untuk mewujudkan produk sendiri dan menjual menggunakan medium digital seperti Facebook dan Instagram.

Pelajar memberikan maklumbalas yang amat baik di mana mereka berminat menjadikan aktiviti keusahawanan sebagai kerjaya yang amat baik untuk masa hadapan mereka.