DISEDIAKAN OLEH : ROSLEZAYTI BINTI AJEH

 

08.04.2021 (Khamis) - Jabatan Perdagangan telah menjayakan satu program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bersama Askar Wataniah (AW) Kem Bukit Beruang, Melaka. Kursus ini melibatkan anggota kerani, Askar Wataniah (AW) seramai 11 anggota yang diketuai oleh PW II En Khairul Nizam Bin Maamor. Bengkel ini kendalikan oleh penceramah En Shahrulnizam Bin Bakar serta dibantu oleh beberapa orang rakan pensyarah yang juga bertindak sebagai jawatankuasa bengkel.

 Kursus Microsoft Excel (Advance) merupakan komponen Microsoft Office yang perlu dikuasai oleh individu yang terlibat secara langsung dalam membantu tugasan pentadbiran dan pengurusan data. Melalui perkongsian ilmu ini, peserta akan didedahkan dengan kemahiran membuat grid teks, nombor dan menggunakan formula pengiraan serta membina carta untuk tujuan persembahan data. Oleh yang demikian, kursus ini sangat diperlukan untuk dilaksanakan bagi tujuan up-skilling kepada komuniti.

 Secara keseluruhan, maklum balas daripada peserta kursus adalah mereka sangat berpuas hati dengan pengisian kursus ini kerana sangat membantu dalam urusan pentadbiran dan dalam pelaksanaan tugas harian mereka. Mereka sangat berpuashati dan berharap agar penganjuran kursus seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia memberikan impak yang sangat tinggi.