Sumber: Nazira Md Latib

7 April 2021 (Rabu) – Bertempat di Politeknik Melaka (PMK), satu program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Program ini melibatkan pelajar dari Jabatan Perdagangan, dari program Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) semester 4. Seramai 28 orang pelajar DPI semester 4 yang mengambil kursus DPP40053 Introduction to Logistics Management telah terlibat dalam program ini. 

Program ini melibatkan penceramah, Encik Mohd Faiz bin Daud, dari Syarikat Sumiputeh Steel Centre Sdn Bd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor. Syarikat yang berasaskan besi sebagai produk utama terlibat secara langsung dalam aktiviti logistik seperti import dan eksport, pengendalian barangan dan banyak lagi aktiviti logistik yang lain. Program selama 2 jam ini membincangkan topik dokumen yang digunakan dalam setiap pengangkutan samada darat, laut dan udara. Selain itu, turut dibincangkan adalah berkaitan dengan pengendalian bahan dan pembungkusan.

Secara amnya, objektif penganjuran program PPI ini telah mencapai objektif yang disasarkan iaitu penglibatan industri dalam penyampaian maklumat. Program telah diakhiri dengan soal jawab antara penceramah dan pelajar. Program berakhir pada jam 10.00 pagi.