Sumber: Nazira Md Latib

Politeknik Melaka, 3 April 2021 – Satu program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan platform Google Meet pada jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Program ini melibatkan pelajar dari Jabatan Perdagangan, iaitu dari program Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) semester 3 dan Diploma Akauntansi (DAT) semester 2. Seramai  70 orang pelajar DPI dan DAT yang mengambil kursus DPB30073 Business Law telah terlibat dalam program ini. Selain pelajar, turut serta dalam program ini adalah pensyarah kursus tersebut.   

Program Pensyarah Pelawat Industri (PPI), Bengkel Business Law merupakan program wajib bagi Jabatan Perdagangan bagi memenuhi keperluan MQA. Penceramah iaitu Puan Raja Yasmin Nadirah Binti Raja Abdul Rahim merupakan seorang peguam di salah sebuah syarikat guaman yang terletak di Kuala Lumpur. Program selama satu hari ini, telah memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu bersama-sama dengan peguam bagi membincangkan topik Entiti Perniagaan di Malaysia dan Jualan Barangan iaitu Sales of Goods Act atau SOGA.

Secara keseluruhannya, program berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Maklumbalas daripada pelajar menyatakan mereka seronok dengan program yang dianjurkan dan berpuashati dengan penerangan yang diberikan oleh penceramah. Program selesai dan ditamatkan pada jam 4.30 petang.