Oleh: SHARIFAH BINTI POLAI

31 Mac 2021, Rabu  – Program Jalinan Kasih Aidilfitri 2021 Fasa 1 anjuran Jabatan Perdagangan, Politeknik Melaka dengan kerjasama RZ Petrol, Sungai Udang yang bertemakan Jalinan Kasih Aidilfitri telah dimulakan dengan aktiviti pembelian barang keperluan Hari Raya dan barang persekolahan kepada golongan pelajar istimewa di Mydin Mall MITC, Ayer Keroh. Aktiviti ini telah melibatkan seramai 20 orang pelajar istimewa dari SK Bachang dan SK Ujong Pasir, Melaka juga disertai oleh guru dan ibu bapa pelajar.   

Objektif program ini adalah untuk membantu meringankan bebanan golongan istimewa dan asnaf dalam membuat persiapan  menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Diharapkan program ini dapat memberikan sinar kebahagiaan kepada anak-anak istimewa ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Sekalung penghargaan kepada pihak Mydin Mall MITC, Melaka atas sokongan yang diberikan dan guru-guru pengiring dari SK Bachang dan SK Ujong Pasir, Melaka.