Oleh : Noor Azira Binti Sawal

Satu TAKLIMAT PERPUSTAKAAN, OPAC DAN PANGKALAN DATA (LIBRARY TOURING) untuk semua pelajar Semester 1 Jabatan Perdagangan telah diadakan anjuran Unit Perpustakaan PMK. Program ini telah diadakan secara berasingan bermula dengan kelas DAT 1A  pada  22 Mac 2021, diikuti kelas DAT 1B pada 24 Mac 2021 dan DPI 1A pada 25 Mac 2021 bertempat di Perpustakaan PMK. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pn Ifadah, En Nur Hafizan dan Pn Yuslaili.

 

Taklimat ini merangkumi perkongsian maklumat tentang hal-hal berkaitan dengan Perpustakaan PMK, OPAC dan pangkalan data. Para pelajar telah didedahkan dengan cara untuk mendaftar Pangkalan Data IEE, Emerald Insight dan U-Pustaka. Selain itu,  pelajar juga dimaklumkan berkenaan dengan perkhidmatan online database yang disediakan di Perpustakaan PMK. Semoga perkongsian dari Unit Perpustakaan PMK ini memberi faedah dan manfaat kepada para pelajar dalam proses mencari maklumat yang diperlukan.