LAWATAN KOLABORASI STRATEGIK KE MALACCA SAFETY DRIVING CENTRE (MSDC)
10 Mac 2021 - Politeknik Melaka(PMK) telah mengadakan satu lawatan kolaborasi ke Malacca Safety Driving Centre (MSDC) Bukit Katil pada 10 Mac 2021 . Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan manfaat dan bantuan kepada pelajar PMK untuk mendapatkan lesen kenderaan selepas pelajar tamat pengajian selari dengan kehendak industri. Lawatan pada jam 10.30 pagi dihadiri oleh Pengarah PMK, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,Ketua CISEC, Pegawai Kolaborasi dan Pegawai Perhubungan Awam PMK. Kedatangan staf PMK disambut baik oleh Pengarah MSDC iaitu En. Thye Ah Kau dan Pn Roslina Md Isa. Beberapa perkara telah dibincangkan bersama dan mendapat maklum balas baik dari pihak MSDC. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan secara berterusan untuk manfaat bersama khususnya para pelajar PMK.