BENGKEL TOT KURSUS DUG300023 GREEN TECHNOLOGY COMPLIANCE
Oleh : Mohd Fauzi bin Abu Bakar
26 Feb 2021 – Satu bengkel berkaitan Green Technology Compliance telah dijalankan pada 24hb dan 25hb Februari lepas secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Teams. Bengkel ini melibatkan penyertaan 18 orang pensyarah Jabatan Perdagangan dan 2 orang penceramah daripada Politeknik Merlimau.
Bengkel ini diadakan selaras dengan keperluan MQA yang memerlukan tenaga pengajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PnP) dapat berjalan dengan lancar. Perkongsian ilmu ini telah dapat memberi kesedaran kepada peserta berkaitan kepentingan penjagaan dan kelestarian alam sekitar dalam mempengaruhi perubahan iklim dan aktiviti kehidupan makhluk di bumi.
Selain daripada penerangan informasi dan bersoal jawab, peserta juga melakukan 3 aktiviti secara praktikal yang disediakan oleh penceramah iaitu pengiraan penggunaan tenaga di rumah, pergerakan kenderaan dari kediaman ke pejabat serta jenis dan kadar serapan pokok. Ketiga-tiga aktiviti ini adalah berkaitan impak terhadap karbon dan di mana kesannya memberi gambaran seolah-oleh bilangan pokok yang ditebang. Aktiviti ini telah dapat membantu lagi tahap pemahaman peserta berkaitan intipati bengkel berkenaan.